Pelaku Serangan terhadap gereja di Malaysia 2010

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman menyatakan saksi ternampak dua buah motosikal diletakkan berhampiran gereja Gereja Katolik Metro Tabernacle kira-kira 12 tengah malam, Jumaat 8 Januari 2010.Pengawal keselamatan dan saksi lain melihat dua orang suspek terlibat dalam kejadian kebakaran . Suspek dikatakan melemparkan sesuatu ke arah gereja dan berlaku letupan. 80 % ruang tingkat bawah gereja tiga tingkat itu terbakar.

Siasatan di bawah Seksyen 436 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan api atau benda letupan dengan niat hendak membinasakan rumah dan sebagainya. Suspek boleh dipenjara sehingga 20 tahun selain boleh dikenakan denda.

Siasatan polis forensik dan anjing polis mendapati semua cermin tingkap di tingkat bawah gereja itu dipecahkan suspek sebelum mereka mencurahkan cecair dipercayai petrol ke dalam bangunan.Sepana digunakan untuk memecahkan cermin gereja. Tong petrol turut dijumpai.Dua helmet yang terbakar ditemui di hadapan gereja.

Rujukan

WikiPedia: Serangan terhadap gereja di Malaysia 2010 http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://malaysiakini.com/news/121443 http://malaysiakini.com/news/121593